Tuesday, 11 March 2014

Update Terkini - Pasport Curi



#MH370: PASPORT CURI, AHLI PERNIAGAAN WARGA IRAN, KAZEM ALI DIKEHENDAKI | Dalam sidang media semalam, Ketua Pengarah DCA berkata pihak berkuasa sedang menyiasat kes dua penumpang pesawat MH370 menggunakan pasport curi mungkin terlibat dalam sindiket pasport curi.

Seorang ahli perniagaan warganegara Iran yang dikenali sebagai Kazem Ali dipercayai telah menempah tiket untuk kedua-dua penumpang yang menggunakan pasport curi berkenaan pada 1 Mac dan 6 Mac melalui dua agensi pelancongan tempatan di Pattaya.

Ejen pelancongan di resort Pattaya memberitahu, lelaki yang dikenali sebagai Mr. Ali itu telah memintanya menempah tiket untuk kedua-dua lelaki misteri itu pada 1 Mac. 

Namun tempahan yang dibuat itu telah tamat tempoh dan Mr. Ali sekali lagi memintanya menempah tiket baru pada 6 Mac.

Oleh kerana tempahan dan bayaran secara tunai dibuat oleh Mr. Ali itu tidak mendatangkan apa-apa kecurigaan pada ejen pelancongan itu. Tambahnya lagi, Mr. Ali sudah biasa membuat tempahan tiket dengannya.


Pattaya terkenal dengan aktiviti #pelacuran dan juga menjadi tempat pertemuan utama bagi pengganas-pengganas merancang keganasan. - Daily Mail

Seorang Terselamat Daripada Pesawat MH 370




Seorang Terselamat Daripada Pesawat MH 370 | Terkini, admin mendapat sekeping gambar yang dihantar oleh seorang fans admin mengenai seorang penumpang yang terselamat daripada pesawat MH 370.





Terkini, seorang penumpang pesawat MH 370 yang sepatutnya menaiki pesawatnya semalam telah mengupload sekeping gambar tiketnya kerana beliau dilaporkan telah terlepas penerbangan tersebut.

Penumpang tersebut yang bernama Nik Muhammad Hezrin telah mengupload gambar tiket penerbangan MH 370 miliknya beberapa jam lepas setelah beliau terlepas penerbangan tersebut semalam.

Gambar ini kecoh tersebar di media sosial dan internet. Alhamdulillah syukur dia selamat. Ayuh, sama-sama kita doakan agar nasib semua penumpang MH 370 baik-baik sahaja dan selamat dunia akhirat.

Terdahulu, pihak Malaysian Airlines (MAS) telah membuat kenyataan rasmi di media sosial mereka.

Rujuk gambar berikut....


Seorang Terselamat Daripada Pesawat MH 370




Seorang Terselamat Daripada Pesawat MH 370 | Terkini, admin mendapat sekeping gambar yang dihantar oleh seorang fans admin mengenai seorang penumpang yang terselamat daripada pesawat MH 370.





Terkini, seorang penumpang pesawat MH 370 yang sepatutnya menaiki pesawatnya semalam telah mengupload sekeping gambar tiketnya kerana beliau dilaporkan telah terlepas penerbangan tersebut.

Penumpang tersebut yang bernama Nik Muhammad Hezrin telah mengupload gambar tiket penerbangan MH 370 miliknya beberapa jam lepas setelah beliau terlepas penerbangan tersebut semalam.

Gambar ini kecoh tersebar di media sosial dan internet. Alhamdulillah syukur dia selamat. Ayuh, sama-sama kita doakan agar nasib semua penumpang MH 370 baik-baik sahaja dan selamat dunia akhirat.

Terdahulu, pihak Malaysian Airlines (MAS) telah membuat kenyataan rasmi di media sosial mereka.

Rujuk gambar berikut....


Shaharuddin Thamby dan Nor'Aini sah bercerai

Pelakon veteran terkenal, Shaharuddin Thamby, 57, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Nor'Aini Muhammad, 52, pada jam 9.00 pagi Isnin lalu di sebuah Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur.

Berita penceraian ini diceritakan sendiri oleh kenalan pasangan Shaharuddin dan Nor'Aini kepada Syed, wartawan utusan. Katanya, pihak media tidak diberitahu dan proses cerai tersebut hanya dihadiri beberapa ahli keluarga yang menemani mereka.


"Rasanya ramai yang masih ingat kejadian tahun 2011 yang membuatkan nama pasangan ini popular. Bukan apa, masing-masing terkejut apabila wartawan serbu hari mereka masuk mahkamah.

"Kecoh juga ketika itu apabila ke semua orang media dihalang membuat liputan kes atas permohonan isterinya, Nor’aini Muhammad yang mahu proses tersebut dijalankan secara tertutup.

"Tapi ketika itu mereka tak jadi bercerai dan menarik kembali kes tersebut memandangkan Shaharuddin sendiri tak rela untuk berpisah. Nampaknya mereka masih tak dapat nak menyelamatkan rumah tangga tersebut.

"Mereka pun bukan kali pertama berbincang untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina. Rasanya banyak kali juga naik turut pejabat agama satu ketika dahulu untuk menjernihkan keadaan."

Mengikut fakta kes lama, Nor'Aini Muhammad pernah menfailkan penceraian terhadap suami pada April 2011 namun permohonan cerai itu ditarik balik dan mereka tidak jadi bercerai. Tidak sangka pula mereka bercerai tahun ini.

Untuk pengetahuan, pasangan ini telah bernikah pada tahun 1978 dan dikurniakan tiga anak sepanjang 36 tahun hidup bersama. sumber

Tentera Laut Vietnam Temui "Objek" Yang Disyaki Milik Milik Pesawat MH370

Menurut Laman web Itv sebentar tadi, tentera laut Vietnam telah menemui objek yang disyaki milik  kapal terbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Vietnam. Namun berita ini masih belum dapat disahihkan lagi.

Baca berita penuh di sini http://www.itv.com/news/update/2014-03-09/vietnam-navy-find-object-in-search-for-missing-plane/

Monday, 10 March 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2013/2014

Kejohanan bola sepak Piala FA Inggeris musim 2013/2014 telah memasuki fasa separuh akhir di mana 4 pasukan iaitu Arsenal, Wigan Athletic, Hull City Tigers dan Sheffield United telah mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir. Paling mencuri tumpuan adalah kekalahan pasukan pilihan utama iaitu, Manchester City kepada juara bertahan yang juga kelab Liga Kejuaraan, Wigan Athletic dengan keputusan 1-2.

Dengan tersingkirnya Manchester City, pasukan Arsenal pastinya menjadi pilihan untuk meraih kejuaraan Piala FA Inggeris musim ini apabila dijadualkan bertemu pasukan Wigan Athletic. Namun begitu, tidak mustahil pasukan Wigan Athletic mampu melakar kejutan seperti mana mereka menewaskan Manchester City dalam saingan suku akhir. Satu lagi separuh akhir menemukan pasukan Hull City Tigers yang diundi bertemu Sheffield United. 

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Arsenal dan Hull City Tigers pastinya menjadi pilihan mara ke perlawanan akhir. Namun begitu kejutan pasti berlaku sekiranya cabaran Wigan Athletic dan Sheffield United dipandang mudah. Berikut adalah jadual perlawanan separuh akhir Piala FA inggeris 2013/2014 yang dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 April 2014 akan datang :

Arsenal vs Wigan Athletic

Hull City Tigers vs Sheffield United

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Keenam Liga Super 2014

Malam ini berlangsung 5 lagi perlawanan Liga Super 2014 melibatkan 10 pasukan. Pendahulu Liga Super 2014, Terengganu dan Selangor tidak bermain malam ini. Perlawanan yang mencuri tumpuan ialah pertembungan Singapore Lions XII bertemu Kelantan serta Pahang bertemu ATM FA. Turut berlangsung pertemuan menarik lain seperti Perak menentang PKNS FC, Sime Darby FC menentang Johor Darul Ta;zim FC serta T-Team menentang pasukan Sarawak. 

Berikut adalah keputusan perlawanan keenam Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 8 Mac 2014 :

8 Mac 2014 (Sabtu)

Singapore Lions XII lwn Kelantan (1-2)
Singapore Lions XII : Khairul Amri
Kelantan : Ahmad Fakri Shaarani, Francis Forkey Doe

Pahang lwn ATM FA (4-0)
Pahang : Matias Conti, Dickson Nwakaeme (2), Faizul Hussain
ATM FA : Juan Manuel Arostegui 

Perak lwn PKNS FC (1-1)
Perak : Eliel de Cruz Guardiano
PKNS FC : Karlo Primorac

T-Team lwn Sarawak (2-0)
T-Team : Ramzul Zaheni, Badrol Hisham Morris

Sime Darby FC lwn Johor Darul Ta'zim FC (0-2)
JDT FC : Luciano Figeroa, Norshahrul Idlan Talaha

Friday, 7 March 2014

Bola Sepak : Senarai 20 Pemain Harimau Malaya menentang Yemen

Pasukan Harimau Malaya dijadualkan menentang pasukan Yemen pada perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia 2014 pada 5 Mac 2014 akan datang. Ini merupakan perlawanan kedua kendalian Ketua Jurulatih sementara pasukan negara. Datuk Ong Kim Swee setelah perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan Filipina pada 1 Mac 2014 yang lalu. Dalam perlawanan tersebut, pasukan Harimau Malaya sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan The Azkals setelah kegagalan jentera serangan menyudahkan peluang demi peluang yang terhidang.

Bagi perlawanan menentang Yemen, hanya 20 pemain akan dibawa ke Al-Ain, UAE tempat berlangsung perlawanan tersebut. 4 pemain yang digugurkan termasuklah penyerang Nor Shahrul Idlan Talaha, penjaga gol Khairul Azhan, pemain tengah Junior Eldstal dan Shakir Shaari. Pasukan Harimau Malaya perlu menang perlawanan tersebut selain mengharapkan pasukan di tangga ketiga kumpulan-kumpulan lain mengalami ketewasan. Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Harimau Malaya mampu mencatat kemenangan jika pasukan negara memanfaatkan setiap peluang dengan penyudah tajam ke gawang pasukan lawan.

Berikut adalah senarai 20 pemain pasukan Harimau Malaya yang akan bertemu dengan pasukan Yemen pada 5 Mac 2014 ini : 

Penjaga Gol :
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Farizal Marlias (Selangor)

Pertahanan :
Razman Roslan (Pahang), Aidil Zafuan, Mahali Jasuli, Fadhli Shaas (JDT FC), Bunyamin Umar (Selangor), Amirizwan Taj Tajudin (ATM FA), Zubir Azmi (Terengganu)

Tengah :
Nazrin Nawi, Safiq Rahim (JDT FC), Badhri Radzi (Kelantan), Mohd. Hafiz Kamal (Pahang), S.Kunalan (Selangor), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Nazmi Faiz Mansor (PKNS FC)

Penyerang :
Amri Yahyah, Safee Sali (JDT FC), Ahmad Fakri Shaarani (Kelantan), Bobby Gonzales (PDRM FA)

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Kelima Liga Super 2014

Berikut adalah keputusan perlawanan kelima Liga Super 2014 yang berlangsung pada 14 dan 15 Februari 2014 :

14 Februari 2014 (Jumaat)
PKNS FC lwn Sime Darby FC (0-0)

15 Februari 2014 (Sabtu)

Kelantan lwn T-Team (3-0)
Kelantan : Shawky Yazid, Badhrul Radzi, Mohammad Ghaddar

Sarawak lwn Perak (1-0)
Sarawak : Milorad Janjus

Johor Darul Ta'zim FC lwn Selangor (4-1)
JDT FC : Baihakki Khaizan, Hariss Harun, Luciano Figeroa, Fadhli Shaas
Selangor : Paolo Rangel

Terengganu lwn Pahang (2-0)
Terengganu : Marko Karlovic, Ismail Faruqi

ATM FA lwn Singapore Lions XII (1-2)
ATM FA : Amirizwan Taj
Lions XII : Khairul Amri, Afiq Yunos 

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA 2014

Piala FA 2014 telah memasuki peringkat suku akhir di mana 8 pasukan akan beraksi secara timbal balik bagi menentukan 4 pasukan yang akan meneruskan langkah ke peringkat separuh akhir. Perlawanan suku akhir pertama berlangsung pada 11 Februari manakala perlawanan suku akhir kedua pula akan berlangsung pada 18 Februari 2014. 

Pasukan juara bertahan Piala FA, Kelantan pastinya berusaha untuk mempertahankan gelaran yang mereka menangi musim lalu. Namaun begitu mereka berdepan laluan sukar apabila bertemu dengan PKNS FC. Lain-lain perlawanan menemukan finalis musim lalu, Johor Darul Ta'zim FC bertemu Kedah, PDRM FA bertemu Pahang manakala Felda United pula bertemu pasukan Sarawak.

Berikut adalah keputusan perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2014 yang berlangsung pada 11 Februari 2014 :

Johor Darul Ta'zim FC lwn Kedah (3-1)
JDT FC : Amri Yahyah, Hariss Harun, Luciano Figeroa
Kedah : Billy Mehmet

PDRM FA lwn Pahang (1-1)
PDRM FA : Charles Chad Souza
Pahang : Matias Conti

Kelantan lwn PKNS FC (3-2)
Kelantan : Badhri Radzi, Tengku Hasbullah, Ahmad Shakir Ali
PKNS FC : Patrick Ronaldinho, Kim

Felda United FC lwn Sarawak (0-0)

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Keempat Liga Premier 2014

Kerancakan saingan Liga Premier 2014 diteruskan lagi dengan pada hari ini berlangsung 4 lagi perlawanan melibatkan 8 pasukan. 2 perlawanan yang sepatutnya berlangsung hari ini telah ditunda ke tarikh yang akan diumumkan kelak. Ini adalah bagi membolehkan pasukan Kedah, Felda United FC dan PDRM FA bermain dalam perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 11 Februari 2014 (Selasa) ini.

Pasukan Sabah dan DRB Hicom FC masing-masing masih mencari rentak kemenangan bagi terus bersaing dengan pasukan kelompok atasan seperti PDRM FA, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Berikut adalah keputusan 4 perlawanan Liga Premier 2014 yang berlangsung pada 10 Februari 2014 :

Perlis lwn Pulau Pinang (2-3)
Perlis : Duo Bakary, Mohd. Haziq
Pulau Pinang : Titi Buengo, Lee Kil-Hoon (2)

DRB Hicom FC lwn Johor Darul Ta'zim II (3-2)
DRB Hicom FC : Khairul Anuwar, Khairul Naim, Mohd. Fakhrullah
JDT II : Mohd. Yusof, Mohd. Razif (GS)

PBAPP FC lwn SPA FC (0-2)
SPA FC : Khairul Izwan (2)

Sabah lwn Negeri Sembilan (2-1)
Sabah : Ezaidy Khadar, Farid Ideris
Negeri Sembilan : Effa Owana

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Piala Liga Europa 2013/2014

Piala Liga Europa 2013/2014 telah memasuki peringkat pusingan 16 pasukan terbaik di mana pasukan-pasukan pilihan seperti Juventus, Napoli, Valencia, Tottenham dan pasukan-pasukan lain berjya meneruskan kemaraan ke pusingan ini. 16 pasukan ini akan bersaing merebut 2 tiket ke peringkat suku akhir Piala Europa musim ini. Pusingan 16 pasukan terbaik diadakan secara timbal balik pada 13 dan 20 Mac 214 akan datang.

Pada pandangan Bual Sukan,saingan musim ini dijangka sengit dengan setiap pasukan pastinya akan mempamerkan persembahan terbaik untuk meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir. Berikut adalah jadual perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Liga Europa 2013/2014 akan datang :

13 Mac 2014 (Khamis)
Lyon vs Viktoria Plzen
Tottenham vs Benfica
Porto vs Napoli
Juventus vs Fiorentina
Ludogorets Razgrad vs Valencia
AZ Alkmaar vs Anzhi Makhackala
FC Basel vs SV Salzburg
Sevilla vs Real Betis

20 Mac 2014 (Khamis)
Viktoria Plzen vs Lyon
Benfica vs Tottenham
Napoli vs Porto 
Fiorentina vs Juventus 
Valencia vs Ludogorets Razgrad
Anzhi Makhackala vs AZ Alkmaar
SV Salzburg vs FC Basel
Real Betis vs Sevilla







Football : Euro 2016 Qualifying Draw

Undian peringkat kumpulan kelayakan Euro 2016 Perancis telah berlangsung di Nice, Perancis. Tuan Rumah Perancis layak secara automatik manakala 53 pasukan lain akan bersaing merebut 23 tiket ke peringkat akhir Piala Negara-Negara Eropah 2016. 

Berikut adalah kedudukan kumpulan berdasarkan undian yang telah berlangsung pada 23 Februari 2014 :


Kumpulan A :


Kumpulan B :

Kumpulan C :


Kumpulan D :


Kumpulan E :


Kumpulan F :

Kumpulan G :


Kumpulan H :
   
Kumpulan I :


Thursday, 6 March 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2014

Piala FA 2014 telah sampai ke peringkat separuh akhir dengan 4 pasukan berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat ini bagi menentukan 2 pasukan yang bakal berentap di pentas final Piala FA 2014. Pasukan juara bertahan serta finalis musim lalu, Kelantan dan Johor Darul Ta'zim FC berjaya melangkah ke separuh akhir diiringi oleh pasukan Juara Piala Malaysia 2013 dan Juara Piala Sumbangsih 2014, Pahang dan pasukan penuh kejutan dari Liga Premier 2014, Felda United FC.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Kelantan dilihat sebagai pilihan utama untuk melangkah ke peringkat akhir apabila diundi bertemu Felda United FC. Namun begitu kejutan pasti berlaku jika pasukan Kelantan mengambil mudah cabaran pasukan Felda United FC. Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, saingan antara Johor Darul Ta'zim FC dan Pahang dilihat seimbang dan kedua-dua pasukan ini mempunya sejarah tersendiri dalam pertemuan masing-masing. Saingan separuh akhir dilihat sengit dan pasti mendebarkan. Berikut adalah jadual perlawanan separuh akhir Piala FA 2014 yang akan dilangsungkan secara timbal balik pada 6 dan 20 Mei 2014 akan datang :

Johor Darul Ta'zim FC lwn Pahang

Kelantan lwn Felda United FC

Bola Sepak : Calon Penjaring Terbanyak Liga Super 2014

Liga Super 2014 telah memasuki perlawanan yang keempat dengan 12 pasukan bersaing merebut kejuaraan selain berusaha mengelakkan kedudukan 2 pasukan tercorot sekaligus jatuh ke saingan Liga Premier 2015 akan datang. Seperti tahun-tahun terdahulu, penyerang import jelas mendominasikan carta penjaring gol. Penyerang tempatan pula dilihat masih mencari rentak jaringan bagi bersaing merebut anugerah kasut emas Liga Super 2014 ini.

Pada pandangan Bual Sukan, berikut adalah antara pemain yang bakal bersaing merebut anugerah kasut emas selaku penjaring terbanyak Liga Super 2014 :

Paolo Rangel (Selangor)
Luciano Figeroa (JDT FC)
Pablo Aimar (JDT FC)
Marlon Alex James (ATM FA)
Juan Manuel Arostegui (ATM FA)
Mohammad Ghaddar (Kelantan)
Francis Forkey Doe (Kelantan)
Matias Conti (Pahang)
Amri Yahyah (JDT FC)
Mamadou Hady Bary (Terengganu)
Milorad Janjus (Sarawak)

Formula 1 : 2014 FIA Formula One World Championship Race Calendar

Perlumbaan Formula Satu musim 2014 akan bermula bulan ini dengan 22 pelumba daripada 11 pasukan akan bersaing merebut kejuaraan musim 2014. Juara bertahan, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull Racing pastinya akan berusaha mempertahankan gelaran yang dimenanginya musim lalu. Namun cabaran pelumba-pelumba lain seperti Fernando Alonso, Lewis Hamilton, Kimi Raikkonen, Nico Rosberg dan pelumba-pelumba lain pastinya tidak memberikan jalan mudah kepada beliau mempertahankan gelaran musim ini.

Pelbagai persiapan jentera pasukan juga dilakukan oleh pasukan masing-masing bagi menghadapi musim ini dengan lebih mencabar. Perubahan pelumba juga dilakukan oleh pasukan masing-masing bagi mencabar kejuaraan dunia musim 2014. 

Pada pandangan Bual Sukan, kejuaraan musim 2014 pastinya menjanjikan saingan sengit apatah lagi setiap pelumba pastinya ingin mengajikan persembahan terbaik melalui jentera pasukan masing-masing. Berikut adalah jadual perlumbaan F1 musim 2014 akan datang :

14 - 16 Mac : Formula 1 Rolex Australian Grand Prix (Melbourne)
28 - 30 Mac : Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix  (Sepang) 
04 - 06 April : Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix (Sakhir)
18 - 20 April : Formula 1 UBS Chinese Grand Prix (Shanghai)
09 - 11 Mei : Formula 1 Gran Premio De España Pirelli 2014 (Catalunya) 
22 - 25 Mei : Formula 1 Grand Prix De Monaco 2014 (Monte Carlo) 
06 - 08 Jun : Formula 1 Grand Prix Du Canada 2014 (Montréal) 
20 - 22 Jun : Formula 1 Grosser Preis Von Österreich 2014 (Spielberg)
04 - 06 Julai : Formula 1 Santander British Grand Prix (Silverstone)
18 - 20 Julai : Formula 1 Grosser Preis Santander Von Deutschland 2014 (Hockenheim)
25 - 27 Julai : Formula 1 Pirelli Magyar Nagydíj 2014 (Budapest)
22 - 24 Ogos : Formula 1 Shell Belgian Grand Prix (Spa-Francorchamps)
05 - 07 September : Formula 1 Gran Premio D'italia 2014 (Monza)
19 - 21 September : Formula 1 Singapore Grand Prix (Singapore)
03 - 05 Oktober : Formula 1 Japanese Grand Prix (Suzuka)
10 - 12 Oktober : Formula 1 Russian Grand Prix (Sochi)
31 Oktober - 02 November  : Formula 1 United States Grand Prix (Austin)
07 - 09 November : Formula 1 Grande Prêmio Do Brasil 2014 (São Paulo)
21 - 23 November : Formula 1 Etihad Airways Abu Dhabi Grand Prix (Yas Marina) 

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah 2014

Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah 2014 telah memasuki pusingan 16 terbaik dengan perlawanan pusingan pertama berlangsung pada 18, 19, 25 dan 26 Februari 2014 manakala pusingan kedua pula dijadualkan berlangsung pada 11, 12, 18 dan 19 Mac 2014 akan datang. Perlawanan yang menjadi tumpuan ramai adalah pertembungan Juara Liga Sepanyol, FC Barcelona yang diundi bertemu pasukan dari England Manchester City manakala juara Liga Jerman yang juga juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, FC Bayern Munich diundi bertemu dengan Arsenal.

Berikut adalah keputusan perlawanan pusingan pertama 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah musim ini :

18 Februari 2014 (Selasa)

Manchester City lwn FC Barcelona (0-2)
FC Barcelona : Lionel Messi, Dani Alves

Bayer 04 Leverkusen lwn PSG (0-4)
PSG : Blaise Matuidi, Zlatan Ibrahimovic (2), Yohan Cabaye

19 Februari 2014 (Rabu)

Arsenal lwn FC Bayern Munich (0-2)
FC Bayern Munich : Toni Kroos, Thomas Muller

AC Milan lwn Atletico Madrid (0-1)
Atletico Madrid : Diego Costa

25 Februari 2014 (Selasa)

Zenit St. Petersburg lwn Borussia Dortmund (2-4)
Zenit : Oleg Shatov, Hulk
Borussia Dortmund : Henrik Mkhitaryan, Marco Reus, Robert Lewandowski (2), 

Olympiakos lwn Manchester United (0-2)
Olympiakos : Alejendro Dominguez, Joel Campbell

26 Februari 2014 (Rabu)

Galatasaray lwn Chelsea (1-1)
Galatasaray : Aurelien Chedjou 
Chelsea : Fernando Torres

Schalke 04 lwn Real Madrid
Schalke 04 : Klaas Jan-Huntelaar
Real Madrid : Karim Benzema (2), Cristiano Ronaldo (2), Gareth Bale (2)

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala FA Inggeris 2013/2014

Piala FA Inggeris musim 2013/2014 telah memasuki pusingan suku akhir di mana 8 pasukan berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat ini dan akan bersaing merebut 4 tiket ke peringkat separuh akhir. Pasukan Juara bertahan musim lalu, Wigan Athletic dijangka menghadapi laluan sukar mempertahankan gelaran apabila diundi bertemu pasukan finalis musim lalu Manchester City di Stadium Ettihad. Manchester City dilihat berada pada kelas tersendiri dan The Citizens musim ini masih berpeluang memburu 4 kejuaraan iaitu Liga Juara-Juara Eropah, Liga Perdana Inggeris, Piala Liga dan Piala FA.

Antara pasukan yang menjadi calon juara iaitu Arsenal dan Everton diundi bertemu sesama sendiri manakala 2 lagi perlawanan menyaksikan Brighton atau Hull City Tigers diundi bertemu finalis Piala Liga Inggeris, Sunderland dan pasukan Sheffield United diundi bertemu sama ada Sheffield Wednesday atau Charlton Athletic. Pada pandangan Bual Sukan, pasukan pilihan utama pastinya adalah Manchester City dan Arsenal. Namun begitu, tidak mustahil berlaku kejutan dalam saingan kali ini. Berikut adalah Jadual Perlawanan Piala FA Inggeris musim 2013/2014 yang dijadualkan berlangsung pada 8 dan 9 Mac 2014 akan datang :

Arsenal lwn Everton

Hull City Tigers lwn Sunderland

Sheffield United lwn Charlton Athletic

Manchester City lwn Wigan Athletic

Wednesday, 5 March 2014

Badminton : Yonex All England Open Badminton Championships 2014

Kejohanan Badminton Yonex All England Open Championships 2014 akan berlangsung pada 4 hingga 9 Mac 2014 di National Indoor Arena, Birmingham. Kejohanan tahun ini pastinya menjanjikan saingan sengit pemain-pemain badminton seluruh dunia bagi merebut kejuaraan bagi kategori masing-masing. Pasukan negara pastinya sekali lagi meletakkan sandaran utama kepada pemain perseorangan nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei bagi merebut gelaran juara perseorangan lelaki sekaligus menjuarainya buat kali ketiga dalam karier beliau. Namun begitu saingan sengit pastinya akan diterima oleh beliau terutamanya pemain-pemain perseorangan daripada China seperti Lin Dan, Chen Long, Du Pengyu serta pemain-pemain perseorangan lain seperti Kenichi Tago (Jepun), Sony Dwi Koncoro & Tommy Sugiarto (Indonesia), Jan O Jorgensen (Denmark) serta pemain-pemain perseorangan yang lain.

Dalam acara bergu lelaki pula, saingan sengit pastinya adalah di antara bergu China, Korea Selatan, Denmark, Jepun dan Malaysia. Namun bergu-bergu dari negara lain juga mampu melakar kejutan pada kejohanan ini. Seperti tahun-tahun lalu, dominasi pemain-pemain China dalam kebanyakan kejohanan BWF Siri Super pastinya akan cuba disekat oleh negara-negara lain. Pada pandangan Bual Sukan, Kejohanan Badminton Yonex All England Open Championships 2014 pastinya sengit dan tidak mustahil kejutan pasti berlaku. Selamat berjuang kepada pemain-pemain badminton negara.  

Bola Sepak : Persahabatan Antarabangsa Malaysia - Filipina

Perlawanan persahabatan antarabangsa pasukan Harimau Malaya bertemu dengan pasukan Filipina The Azkals adalah perlawanan pertama kompetitif pasukan Malaysia tahun 2014. Perlawanan ini juga merupakan perlawanan pertama Ketua Jurulatih sementara pasukan Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee selepas diamanahkan untuk menjadi pengendali sementara pasukan negara. Pada 5 Mac 2014 ini, pasukan negara dijadualkan menentang pasukan Yemen dalam perlawanan terakhir pusingan kelayakan Piala Asia 2015 dengan harapan berjaya mencatat kemenangan untuk muncul pasukan di tangga ketiga terbaik dalam peringkat kumpulan untuk layak ke peringkat pusingan akhir di Australia akan datang. Walaupun peluang dilihat tipis namun maruah pasukan negara harus dipertahankan.

Filipina yang satu ketika dahulu sentiasa di kedudukan ranking yang terendah di Asia Tenggara kini merupakan pasukan terbaik dalam kedudukan ranking FIFA bagi peringkat Asia Tenggara iaitu di kedudukan ke 127 dunia berbanding Malaysia di kedudukan ke 150 dunia. Pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee pastinya akan cuba membuktikan sesuatu kepada penyokong setia bola sepak negara bahawa pasukan negara mampu melangkah lebih jauh di masa akan datang.

Kekecewaan demi kekecewaan penyokong bola sepak negara terhadap prestasi pasukan Harimau Malaya pastinya akan cuba ditebus dengan mencatat keputusan yang baik selain berusaha mengembalikan kegemilangan pasukan negara satu ketika dahulu. Kekecewaan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dikatakan gagal membawa bola sepak Malaysia ke tahap yang terbaik juga perlu diberi perhatian oleh FAM. Pengorbanan penyokong setia yang sentiasa bersama di saat jatuh bangun bola sepak negara perlu dibayar dengan peningkatan prestasi pasukan negara.

Perlawanan persahabatan pada 1 Mac 2014 ini perlu digunakan sebaiknya oleh pasukan negara bagi membuktikan Harimau Malaya masih bisa mengaum garang. Bual Sukan berpandangan, perlawanan menentang pasukan Filipina The Azkals pastinya sengit apatah lagi semua pemain ingin membuktikan pemilihan mereka dalam pasukan Harimau Malaya adalah tepat. Semoga pasukan negara menunjukkan peningkatan terbaik dalam perlawanan persahabatan menentang Filipina esok. Selamanya Harimau Malaya..  

Bola Sepak : Calon Penjaring Terbanyak Liga Premier 2014

Liga Premier 2014 telah memasuki peringkat perlawanan keempat dengan 12 pasukan bersaing merebut 2 tempat ke saingan Liga Super 2015 selain 4 tiket automatik ke saingan Piala Malaysia, 2 tempat ke saingan playoff Piala Malaysia serta mengelak tersingkir ke Liga FAM 2015 akan datang. 

Seperti musim-musim lalu, pemain import jelas menguasai carta jaringan. Pada pandangan Bual Sukan, berikut adalah senarai pemain yang dijangka akan bersaing merebut gelaran kasut emas Liga Premier 2014 :

Billy Mehmet (Kedah)
Zah Krangar (Felda United)
Josep Kaplan (Negeri Sembilan)
Effa Owona (Negeri Sembilan)
Bobby Gonzales (PDRM FA)
Charles Chad Souza (PDRM FA)
Lee Kil-Hoon (Pulau Pinang)


Blog Archive

Pages

Test Footer 2

Popular Posts

Followers